PANAS! Chef Wan Kesal Dengan Apa Terjadi Di Aeon Tebrau Ini…

Posted on
Pasaraya Aeon Tebrau, Johor ditutup kepada orang ramai pagi ini, bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai, semalam. Kami di Hangat.com sangat kesal dengan segelintir pelanggan yang bersifat pengotor dan tak bertanggungjawab meninggalkan troli mereka yang penuh dengan barang.

Menurut Harian Metro, penutupan bahagian pasar raya itu lanjutan kunjungan mengejut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, semalam.

Tunku Ismail mengumumkan menggunakan pembesar suara akan membelanja setiap pelanggan sehingga RM3,000 barang keperluan dan orang ramai berpusu-pusu memenuhkan troli ke kaunter. Hmm.. Malu kan?

Hal ini turut mendapat respon dari selebriti Chef terkenal di Malaysia. Chef Wan tampil memberikan kenyataan menerusi laman Instagram miliknya berkenaan tindakan terkutuk pelanggan di pasaraya tersebut.
INI KOMEN CHEF WAN DI INSTAGRAM

I felt shocked looking at all this stuff. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia2 yg bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka. Its disgusting and wasteful.
Off course tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Everytime bila berada di Mekah waktu musim Ramadan saya selalu perhati kan apabila manusia ini beri pelbagai makanan dan kurma ramai jemaah yg berebut rebut.

Ada yg ambil berbeg beg and abused what is being donated. Dari jauh saya pandang sambil mengeleng kepala. I will not take anything pun as i knew deep inside biar la makanan itu di agih kan kepada manusia2 yg lebih susah. Ada la lebih baik kita berkorban untuk fakir miskin yg lebih memerlukan dari saya yg mengambilnya. Banyak mana nak makan pun. Each time saya berbuka di dalam masjid 2 biji tamar dan air zam2 dah pun saya rasa bersyukur dan kenyang pun.

Begitu la kuasa Allah yg menjaga perut dan hati manusia yg banyak bersabar serta melawan hawa nafsu kita dan berkorban untuk tidak makan berlebihan pun. Manusia yg tamak dan gelojoh pulak akan berbuka satu meja penuh makanan di akhirnya banyak yg di bazir kan juga. Yang sedih ramai pulak rakyat Msia yg juga berebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *