”Selalu Guna ‘Aircond’ Untuk Bagi Anak Tidur Selesa, Akhirnya Jadi Salah Satu Penyebab Pheumonia” Ibu Cerita Apa Terjadi Kepada…

Posted on

Untuk mengelak dari cuaca panas, kebanyakan rumah memasang pendingin hawa atau ‘aircond’ terutamanya di kamar tidur. Tambahan pula, jika mempunyai anak kecil pasti ibu bapa menginginkan bayi mereka tidur dengan selesa tanpa rasa panas. Namun tanpa sedar, tahukah anda sedang membahayakan kesihatan anak-anak?

Apa yang dikongsikan oleh Zia Saad melalui laman facebooknya ini diharap dapat dijadikan peringatan untuk ibu bapa di luar sana. Bayi kecil ini terpaksa menjalani pembedahan kerana disebabkan satu penyakit yang dibawa oleh udara yang tidak bersih. Hampir setiap malam tidur dalam aircond, habuk yang terkumpul di dalamnya disedut ke dalam paru-paru anak yang masih bayi. Kasihan.

Untuk lebih jelas, mari kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Jangan ambil mudah untuk servis aircond anda selepas ini. Semoga dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Hari nie kan, Zia rase nak sharelah about salah 1 jenis penyakit kanak2 yang puncanya memang kita sebagai parents ambil mudah sangat.. Ambil mudah bukan sebab kita tak peduli, tapi sebab kita tak tahu..Ye lah sape2 pon kalau dah tahu mesti cegahkan, sape nak anak sakit..

Puncanye dari yang kita tak perasan, AIRCOND…Yes, aircond kat rumah kita tu.. yang kita pasang everyday untuk anak2 kita tidur dengan selesa and aman.. Tp kita tak sedar kita tengah bahayakan anak2 kita… Penyakit nie dipanggil PNEUMONIA.. Penyakit ni tak lah seratus peratus berpunca dari aircond, tapi salah 1 diantaranya..

Kalau dah everyday kita hadap aircond pada anak2 kita tengah tidur, bukan utama pon boleh jadi punca yang sangat besarkan?? Pneumonia adalah penyakit berkaitan hati / paru2.. Zia terpanggil untuk share sebab terbaca kisah kanak2 nie yang kena penyakit nie dan disahkan doc sendiri..

Adik Am nie sejak kecil dah didedahkan dengan aircond,ye lah cuaca kat negara kita panas,mesti parents nak yang terbaikkan..Tapi pada usia 10 bulan adik Am mula demam-demam, sesak nafas + batuk.. Ingatkan demam & batuk biasa-biasa,tapi sudah berulang alik ke klinik masih tidak sembuh.. Akhirnya di masukkan ke wad Paedeatric KPJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *